Jumaat, 8 Mac 2013

Taubat Seorang Hamba :')




Assalamualaikum,harini zaza nak kongsi satu lagu yang betul-betul boleh buat zaza insaf dan menitiskan air mata,ishk ishk! Hayatilah lagu ni betul-betul taw :')





(Hafiz)
Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa
(Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini
(Irsyadee)
Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redha-Mu ya Tuhan
(Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini
(Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima
(Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini
(Hafiz)
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini




p/s:Terima kasih ya Allah kau telah memberi hidayah kepadaku disaat aku terlalu leka dengan urusan duniawi ini. Dulu hidupku terasa kosong,terasa seolah tiada apa-apa tanggunggjawab yang aku patut pikul,terasa sangat jahil Tapi,kini Kau sedarkan juga hambaMu yang leka ni,kau hantarkan orang-orang yang terlalu baik yang selalu menyokong aku di setiap saat.Terima Kasih Ya Allah :')

Khamis, 7 Mac 2013

We Wear Head Tent?


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Saiyidul Aiyam <3,
Harini zaza nak kongsi satu video.Tengok dulu taw! 




Hah,kau ada?Tepuk dada tanya Iman.Dah cukup besar dan matang kan untuk berfikir?Jangan tunggu lagi,jom kita pakai 'KHEMAH'?

Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh :)

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :)

Bila Hati Mula Berbicara ♥

Assalamualaikum mujahid/mujahidah ♥

Salam ukhwah fillah semua!Zaza masih baru sangat-II buat blog ni,masih mentah bagaikan seekor anak kucing yang baru 2 hari melahirkan anaknya (cehh,ada ka?) Sebenarnya,zaza buat blog ni pasal ramai kawan-II zaza suruh zaza buat,jadi zaza buatlah (boleh cemgitu?) Selain impian untuk  menjadikan blog zaza ni sebagai satu sumber untuk menyebarkan ayat-ayat CHENTA ALLAH S.W.T ,zaza harap sangat dapat berkongsi ilmu dengan hampa semua.Boleh kan? (sambil buat muka tiut ala-ala seorang bayi muslimah yang baru berusia 3 bulan)hehe! :)

Tapi kenapa letak nama blog 'Aku Seorang Mujahidah'? Takdak nama lain ke,tak style la nama ni,tak glamer!poyo-poyo :P Uhuk,uhuk,tahu tak betapa besarnya erti Mujahidah itu.Mujahidah tu ialah seorang yang berjihad untuk melawan nafsunya kerana Allah.Jadi apa kena mengena maksud mujahidah tu dengan zaza?oke,zaza sekarang sedang dalam proses untuk mencari ChentaNya,masih sangat mendahagakan Chenta-Nya yang tersangat lah sweet tu,jadi sebagai satu langkah untuk me'realisasi'kan impian zaza ni,zaza kenalah berjihad bagi melawan nafsu zaza yang tersangat degil dan nakal yang suka buat gejala-gejala 'Gengsterisme' dan 'Vendelisme' ni (alahai nafsu -.-').ohyeah!ohyeah! zaza pasti boleh! (sambil buat muka penuh keyakinan)  :D

Oke,cukup dulu sampai sini,nanti zaza sambung lain,takut-takut satlagi jadi 'tang' lain pulak ! Assalamualaikum w.b.t !


Hamba Allah,
Nurzafirah ♥